Search This Blog

Tuesday, December 22, 2009

EMOSI MANGSA NAFSU SEORANG GURU

Ini adalah nukilan email dari seorang ank muda yang menjadi anak yatim piatu sejak berusia 10 tahun. beliau tidak ingin namanya di kenali ramai - cukup untuk semua researcher mengetahui perasaannya, dan berharap agar tiada lagi anak yatim piatu sepertinya menjadi mangsa.

Amiwanz centre, ini adalah kisah benar hidup saya, Harap dapat siarkan dalam blog tuan. Tetapi berjanji tidak akan membocorkan siapa saya. Saya percaya kepada kerahsian tuan.


EMOSI ANAK YATIM PIATU MANGSA GURU

Kini aku sudah dewasa. Tidak lama lagi aku akan menggenggam sebuah ijazah - bekalan aku mencari kerja dan memulakan hidup baru.

Bila mengingatkan kisah hidupku, aku jadi bercelaru, sedih marah, benci dan yang paling ketara aku sering bertanya mengapa Allah tidak mendengar do'a ku? Salah akukah apa yang menimpa hidupku? Kenapa bertalu-talu kejadian malang menimpa aku? Ada kawan-kawan mengatakan mungkin aku terkena majal malang oleh mereka yang busuk hati- maklumlah orang melayu percaya perkara mistik dan kurafat. Tidak aku ketahui kebenarannya, kerana aku hampir-hampir tewas dan pernah terfikir meninggalkan agama.

Nasib baik lah aku sering teringat arwah ibu dan kawan-kawan sering bantu menguatkan "KeIslamanku". Kenapakah ini berlaku pada diriku?. Ustaz dan ustazah = kenapa korang tak ingin membantuku? Korang hanya tahu mencemuh dan memandang rendah pada orang seperti aku. Tahukan korang bahawa mereka yang berilmu lah yang telah menghitamkan perjalanan hidupku? Hingga kini kadangkala timbul satu perasaan - aku benci ustaz-ustaz ini.

Aku mulanya hidup bahagia, punya ayah dan ibu, abang dan kakak. Kami di hantar kesekolah agama di sebelah pagi dan petang ke sekolah kebangsaan. Nasib malang menimpa aku, apabila ayahku meninggal dunia dalam satu kemalangan ke tempat kerja. Waktu itu aku, ANAK LELAKI bongsu berusia 10 tahun. Kami bernasib baik, arwah ayah mengambil insuran dan hutang rumah di langsaikan oleh insuran. Mama yang selama ini suri rumah tangga mula bekerja sebagai pekerja am , untuk menampung kami 5 beradik. Abangku yang sulung dalam tingkatan 5, 4 bulan lagi SPM. Selepas SPM abang yang sulung bekerja membantu mama dan tidak meneruskan pelajaran walau mendapat keputusan yang baik dan layak ke universiti. Kerana tiada wang dan bantuan!!!! Begitu juga kakak tidak meneruskan pelajaran dan berkahwin dalam usia muda.

Masa berganti dan aku mula memasuki tingkatan satu. Sayangnya mama pergi mengikut jejak langkah ayah-menemui illahi semasa aku berusia 13 tahun. Keadaan bertambah kusut bila abang sulung kemalangan motor masa bekerja dan ingatannya tidak stabil dan di istilahkan hilang ingatan. Kakak yang baru berkahwin meninggalkan kami mengikut keluarga mertuanya. Abang ketiga pula baru memasuki universiti di utara tanahair. Tinggallah aku dan abang yang dalam tingkatan 3 menjaga anatara satu sama lain. Tentang makan, kami mengharapkan belas ehsan jiran-jiran untuk makan tengahari dan malam. Ini kerana nenek sudah tiada dan ayah dan mama anak tunggal dalam keluarga - tiada adik beradik.

Nasib malang kami 2 beradik mendapat perhatian dari seorang guru lelaki yang baik akhlaknya dan tidak lekang sembahyang. Beliau memberikan kami duit poket dan membayar bil api air rumah kami kerana beliau tidak mahu membebankan abang ketiga di matikulasi serta kasihan dengan kami yang menjadi yatim piatu. Tiada siapa yang membantu kami, tiada pusat zakat atau baitulmal atau orang masjid datang bertanya kabar. Kini aku tertanya - islam apakah mereka ini tidak pernah menjenguk akau bertaya kabar? Maklumlah duduk di flat di kuala lumpur.. mungkin orang pandai agama ini tiada mahu ambil peduli. Orang miskin mana mampu bagi upah!!!

Setahun di bantu guru tersebut, di waktu aku di tingkatan 2, suatu hari beliau membawa aku dan abangku yang berada di tingkatan 4 berjalan-jalan dan memperkenalkan kami dengan rakan lelaki nya juga guru dan juga dikenali sebagai ustaz dari sekolah lain tetapi di kuala lumpur juga!

Mereka memberitahu kami yang guru sekolahku (yang ku namakan "H" singkatan dari HANTU") akan mengambil abang aku sebagai adik angkatnya. Manakala rakan lelakinya (yang aku namakan "P", singkatan dari "PONTIANAK") akan mengambil aku sebagai adik angkatnya. Kata H dan P mereka kasihan kami anak yatim piatu. Seronoknya kami dapat guru yang sudi menjadi abang angkat dan menjaga kami yang yatim piatu - siapa tak suka dapat pengganti ayah dan mama untuk bermanja. Baju, kasut dan barang persekolahan kami di beli dengan banyak nya. Kami di belanja makan makanan lazat yang sudah bertahun kami tak makan - PIZZA HUT, makanan kegemaranku. Gembiranya aku dan abangku tidak terhingga. Senang dan riang hati.. balik rumah kami kenyanag perut dan tidak kebulur lagi.

Ku sangka panas ke tengahari rupanya mendung kembali lagi. Kesenangan yang di beri rupanya perlu di ganti. Guru yang ku anggap sebagai abang pengganti ayah dan ibu yang sudah pergi rupanye puaka dan naga bertopeng jauhari. Aku di minta membalas jasa dengan maruah diri di perlaku hina sekali. Begitu juga dengan abangku. Rupanya guru H dan P adalah manusia bertopeng agama. Nama saja bersembahyang dan berlagak ustaz yang alim. Syarahan agama dok sah dengar lah- benci aku sekarang, suruh orang buat baik tetapi mereka sendiri? Nafsu serakah keduanya perlu kami layani pada hujung minggu dan kadangkala bila kami balik sekolah = di rumah sewa mereka!!!!. kami di perlaku seperti isteri dan di ugut untuk tidak menceritakan kepada sesiapa perlaku jijik mereka, kata mereka lagipun siapa yang percaya pada kami yang pernah di tangkap curi makanan di kantin tahun lepas? Tidak tahu kepada siapa kami perlu mengadu. Jiwa tertekan dan emosi tertanggu. Malu, cemas, benci dan takut pada Allah kerana bergolak dalam diri.

Nasib aku lebih baik berbanding abang aku. Sewaktu di tingkatan 5 bulan Julai, P berkahwin dengan seorang guru perempuan di sekolahku. Lantas guru perempuan itulah yang sering membawa makanan tengahari dan bekalan lauk utk malam hari buat ku. Jadi P tidak boleh mebawa aku kerumahnya lagi untuk melepaskan nafsu serakahnya. Sering kali P meminta aku ketemu dia di tempat terpencil dan aku cepat-cepat memberitahu yang aku membantu isterinya di sekolah. Sabtu Ahad juga aku sering mengelak dan akan ke sekolah jika isteri P ke sekolah.

Seminggu sebelum SPM aku di ajak oleh P dan isterinya (guru perempuan di sekolah aku) makan di luar. Kemudian P menghantar isterinya pulang dahulu dengan alasan isterinya sedang mengandung dan pasti nya penat untuk mengikut P untuk mencari baju baru untuk aku. Kata P dia berhajat nak hadiahkan aku baju sebelum periksa dan berbincang denga aku tentang masa depanku selepas SPM.Selepas membeli belah, P tidak terus pulang. Aku mula gelisah kerana mula merasa niat P. Betul anggapan aku apabila P parking dalam satu hotel di jalan Ampang. Aku cuba melarikan diri tetapi P memegang erat lenganku. Setelah mendaftar masuk hotel, P menyuruh aku jangan panik, katanya cuma untuk berbincang, sebab dia sudah tinggalkan tabiat buruknya. Berairmata dia memohon maaf kepada ku atas apa yang dia lakukan selama ini terhadap aku. Dia kata dia risau jika aku ceritakan pada isteri nya perilaku buruk dia, sebab itu sering menghubungi aku untuk berbincang. Aku yang masih muda, naif dan tidak tahu tipu helah manusia terpedaya dan percaya pada P. kami berbual dan berbincang agak lama, dari perihal lampau dan rancangan masa depan aku. Kemudian P memesan minumam dari hotel. P kemudian menyuruh aku mandi dan menukar pakaian baru katanya ingin mengambil gambar kenangan dengan aku dan sementara menunggu minuman sampai. Aku seperti biasa mandi agak lama dalam setengah jam. Setelah keluar dengan pakain baru, aku dapati minuman telah tiba. kami pun minum sambil bercerita kosong.

Setelah itu aku merasa pening kepala dan P menuruh aku berbaring sekejap. Setelah itu aku tidak sedarkan diri dan apabila terjaga aku lihat waktu sudah 2 pagi. P di sebelah aku lena tanpa pakaian dan begitu juga aku tanpa pakaian dan kesan "luvbite" di seluruh badan aku. Aku tergamam. Terpedaya aku.. akhirnya aku menjadi mangsanya sekali lagi. Sedih bukan kepalang... saat itu aku bertanya kenapa Allah tidak memakbulkan doaku? Kenapa aku di biarkan mengharungi cara hidup yang hina ini?

Kemudian P terjaga, dia meminta maaf padaku. katanya dia pun tak sedar yang dia melakukan perkara terkutuk itu,sebab dia telah berjanji tidak mengganggu aku yang akan mengambil SPM dan telah bersetuju melepaskan aku dari hidupnya. P juga mengaku sudah mendapat pengganti aku -seorang pelajar lelaki India yang sudi menggantikan tempat aku dalam dunianya. Katanya pelajar lelaki India itu hebat di ranjang walau baru berusia 16 tahun. Aku tidak kisah dengan siapa dia nak berkawan kerana aku jijik mengaharungi hidup dengan cara ini lagi. Aku kata aku benci P dan cara hidup nya. P meminta aku merahsiakan apa yang terjadi dan memberikan aku wang RM300/- sebagai wang belanja. Aku berjanji tidak akan menveritakan kepada isterinya atau sesiapa. Setelah SPM, aku ketemu kawan-kawan yang di kata jahat dan nakal oleh orang-orang Alim tapi merekalah kawan yang baik bagiku. mereka menerima aku dan sering menasihati aku teruskan hidup walau perit. Aku masih ingat kata-kata seorang kawan perempuan yang aku kenali di dalam satu seminar motivasi yang aku hadiri selepas SPM - yuran aku di biayai oleh istei P! kata gadis yang dua tahun lebih tua itu, "Dalam Hidup, sedih dan buruk yang terjadi umpama daki dan lumut yang boleh di hilangkan tetapi kadangkala berbekas. yang penting kita nekad untuk membersihkan daki dan lumut itu dan mengambil pengajaran tidak mengulangi kedukaan itu". Entah di mana gadis itu sekarang aku tidak tahu. Terimakasih kerana memberi aku kekuatan untuk bangun dalam hidup.

Tetapi kini aku sudah berusia 21 tahun, sudah boleh berani bersuara. Pastinya pengalaman aku akan aku jadikan sejarah dan membantu anak-anak muda lain agar tidak terjerumus jatuh kedalam tangan puaka yang bergelar guru dan bertopengkan agama. Lagipun bagiku tidak salah aku menulis, aku masih sayangkan arwah ayah dan ibu. Kerana setiap detik aku masih ingat kata-kata ibu semasa beliau sakit - "jangan buat jahat atau buat sesuatu yang Allah marah, nanti kamu tak jumpa mama dan papa di syurga". Aku ingin sekali ketemu mamaku, aku tahu jika hidup penuh dosa ini pasti mamaku benci aku juga. Pernah aku benci Allah kerana mengatur kehidupan aku sebegini.

Mamaku, tidak lama lagi aku akan memulakan hidup baru dengan ijazah yang aku janjikan buat mu semasa engkau hidup dahulu. Pastinya aku akan terus berjuang bernafas dalam bekas lumpur yang masih meninggalkan daki dan lumut di badan dan hati dan fikiran anakmu ini.

Jika Allah izinkan rohmu berdoa untuk keselamatan anakmu ini, doakan lah anakmu ini di berkatiu dan di terima Allah. Juga mamaku, jika Allah izinkan rohmu berdoa, berdoakan untuk abangku yang juga anakmu yang masih dalam cengkaman guru H sehingga hari ini.

Amiwanz dan para penyelidik, doakan juga aku mendapat pekerjaan yang baik-baik dan doakan juga agar anak-anak yatim piatu jauh dari manusia yang suka mengambil kesempatan keatas mereka. Ini kerana apa yang terjadi hampir-hampir menjadikan aku pembunuh dengan dendam kesumat yang bersarang dalam diri. Walaubagaimanapun sebagai manusia aku tewas oleh emosi marah lu - Aku masih berdendam hingga ke hari ini dengan Guru yang ku gelar H dan P - yang di gelar PENDIDIK ANAK BANGSA oleh negara. MEREKA BUKAN PENDIDIK ANAK BANGSA TETAPI PEROSAK DAN PENDERHAKA NEGARA DAN ANAK BANGSA!!! SEKIRANYA TERJADI PADA ANDA ADAKAH ANDA AKAN MAAFKAN BEGITU SAHAJA????

----------------------SEKIAN-----------------

No comments:

Post a Comment