Search This Blog

Sunday, April 18, 2010

AKTIVITI SYIRIK TANPA DI SEDARI: REMAJA ISLAM MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI IDOLA


Oleh: Puan Azizah Anuar


Menyembah berhala; menyembah pokok atau jua benda di dunia ini; bersahabat dengan jin dan syaitan atau makluk ghaib; atau mengagungkan benda-benda ini sebagai pengantaraan antara manusia dan pencipta, Allah Tuhan yang Maha Esa adalah aktiviti syirik menurut Islam.

Malah aktiviti moden sebilangan remaja Islam hari ini iaitu menjadikan Allah sebagai "IDOLA" juga di kategorikan sebagai syirik. Tanpa mereka sedari mereka telah menurunkan status Allah, Tuhan Yang Maha Esa setahap dengan kedudukan manusia. Malah anak-anak muda Musim ini tanpa menyedari sedikit sebanyak melakukan jenayah agama kerana menjadikan Allah sebagai IDOLA. Selalunya ini jenayah agama ini terjadi disebabkan kurang ilmu pengetahuan, tidak memahami tafsir dan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Malaysia serta tiada cendiakawan Muslim yang berhampiran yang boleh membimbingnya ke jalan yang lurus.

Allah Tuhan Yang Maha Esa telah menegaskan keseriusan jenayah ini di dalam Al-Quran. Firmannya:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana menyekutuNya (syirik), dn Dia mengampuni apa (Dosa) yg selain (syirik) itu bagi siapa yg Dia kehemdaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya, dia telah berbuat dosa yg besar”. (Surah An-Nisa: 48).


Malah remaja Muslim juga tidak peka tentang makna perkataan “IDOLA” sendiri. Idola bererti menjadikan seorang manusia yang terkenal tidak kira dari segi kebaikan atau keburukan seperti Hitler, Mickeal Jackon dana sebagainya sebagai model atau contoh untuk di ikuti. Dalam konteks agama Islam bermakna kita telah “menjadikan Allah sebagai artis dan manusia lain.
Sedangkan telah nyata dan terang bahawa tiada manusia di muka bumi ini atau di mana-mana boleh menjadi seperti Allah, kerana Allah lah yang Maha Agung dan pencipta makhluk di bumi dan di langit Yang Maha Unggul.

Adakalanya manusia terleka dan alpa kerana terlalu menyintai Allah. Remaja Muslim yang menggantung loket berlambang Allah di leher atau di jari tangan sebagai tanda IDOLA mereka adalah contoh terbaik bagi manusia yang alpa dengan hukum yang telah di turunkan melalui Al-Quran. Remaja Muslim yang meniru cara dan rentak penganut agama lain yang meletakkan loket gambar tuhan di leher atau enjadikan Allah sebagai Idola perlu di beri perhatian. Para cendiakawan Islam, ustazah dan ustaz serta para ibu bapa Islam seharusnya sedia maklum akan tabiat manusia yang suka berlumba-lumba dalam menunjukkan kesetiaan mereka.

Seperti yang di firmankan Allah Tuhan yang Maha Esa di dalam Al-Quran:
" Tiap-tiap golongan lebih suka membanggakan kelebihan yang ada padanya."
(Surah Ar-Rum: 32 dan Surah Al-Mukminum:53)


Disarankan kepada cendiakawan Islam:

1. Remaja Muslim ini perlu di beri beri bimbingan dan didikan yang mantap mengenai Islam agar mereka dapat memahami tentang perbezaan agama Islam dengan agama lain dalam tatacara mengangungkan Allah.

2. Remaja Muslim perlu di bantu agar tidak hanya menjadi pak turut atau ingin melumbai remaja beragama lain dalam menunjukkan bahawa mereka amat menyintai Allah.

3. Sudah sampai waktunya semua ustaz dan ustazah dari pelbagai ideologi politik duduk di meja bulat dan sebulat hati ikhlas kerana Allah membincangkan masaalah remaja Muslim hari ini.

4. Perlunya model dan tata cara memahami makna dan tafsir Al-Quran untuk remaja and anak muda Muslim.


5. Kutbah Jumaat atau ceramah di surau perlu menyentuh dan menangani isu ini.

6. Para ibu bapa perlu mengadakan tazkirah di rumah sendiri dan mengajari anak-anak remaja Muslim mengenai tatacara mengagungkan Allah Tuhan yang Maha Esa serta mempelajari hadith dan sunnah agar kehidupan remaja Muslim tidak pincang selamanya.


Di akhir kata, sudah sampai masanya cendiakawan Islam Malaysia hari ini bangun bergerak dan insaf bahawa dunia dan ilmu pengetahuan remaja Muslim perlu di tingkatkan. Janganlah cendiakawan Islam hanya duduk diam dan hanya berdoa agar Allah membantu remaja yang silap fahaman mengangungkan Allah tanpa sebarang usaha untuk mengatasinya. Para cendiakawan Islam wajib memikul tugas yang berat yang di amanahkan Allah Tuhan Yang Maha Esa, iaitu membetulkan pendirian remaja Muslim yang tersilap menjadikan Allah sebagai Idola.

Firmannya dalam Al-Quran:

" Katakan Muhammad! Hai ahli Kitab, marilah kamu sekalian kepada kalimat yang bersamaan anatra kami dengan kamu(padanya), iaitu bahawa tidak kita menyembah yang lain dari Allah dan tidak kita mempersekutukan dengan Dia barang sesuatu, dan jangan mengambil setengah kita akan yang setengahnya menjadi Yang Maha Kuasa selain Allah. Kalau mereka telah berpaling kepada itu, maka katakan: Saksikanlah bahawa kita semua telah Islam."
(Surah Ali-Imaran:64)


Rujukan

Media (suratkabar dan majallah)

Penyelidikan dan Temuramah remaja Muslim

Al-Quran nur Karim

Buku "Tasauf Moden" - Prof. Dr Hamka

HADITH


Sabda Rasulullah saw:


“Wahai orang-orang yang hanya Islam dengan lidahnya, sementara keimanan belum masuk ke dalam hatinya ; janganlah kalian menyakiti kaum muslimin dan mencelanya, dan jangan pula kalian mencari-cari kesalahannya, karena orang yang mencari-cari kesalahan saudaranya yang muslim niscaya Allah akan membukakan auratnya, dan jika seseorang telah dibuka auratnya oleh Allah niscaya Allah akan membuatnya malu dan terbuka auratnya meskipun di rumahnya sendiri. ”

(HR. At Tirmidzi yang bersumber dari Ibnu Umar r.a)